Berbeda Pendapat

Apabila kita membicarakan perihal adab-adab dan akhlak maka persoalan ini sudah pastilah mempunyai kaitan khusus dengan perbincangan ilmu Tasawuf. Ilmu Tasawuf pula adalah sebahagian daripada ilmu-ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap umat Islam selain daripada ilmu Akidah dan Fiqh. Tidak lengkap rasanya jika perbahasan hukum-hakam tidak diselitkan bersama dengan unsur-unsur ilmu Tasawuf. Ini kerana ilmu Tasawuf bertindak menjaga kesucian dan ketenangan hati dan kemudian diterjemahkan melalui perbuatan zahir yang diambil kira berdasarkan ilmu Fiqh. Barangsiapa yang hanya mempelajari ilmu Fiqh dan Akidah tanpa mempelajari dan menghayati ilmu Tasawuf maka sesungguhnya mereka sengaja menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan.

Berkata Imam Junaid :

Tasawuf adalah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkah laku yang rendah lagi dikeji.
(Kitab: al-Nusrah al-Nabawiyyah).

Islam adalah agama yang amat menitik-beratkan soal akhlak dan adab-adab bagi menjamin kebahagiaan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat. Adab-adab yang diajar oleh Islam ini merangkumi segala aspek samada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara. Perutusan Rasulullah S.A.W. kepada manusia juga di antara lainnya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik lagi terpuji kepada seluruh alam.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlak (manusia).
(Riwayat Baihaqi).

Amat malang sekali apa yang berlaku pada dewasa ini, sebilangan umat Islam meninggalkan dan tidak mengambil berat adab-adab Islam lantas berlakulah perbalahan yang tidak menguntungkan umat Islam. Bahkan ada sebilangan umat Islam yang sengaja menolak dan tidak mahu langsung mengambil manfaat daripadanya sedangkan mereka ini daripada kalangan orang-orang yang mengetahui. Apa yang lebih menyedihkan lagi, mereka juga melarang orang lain daripada melakukan dan beramal dengan adab-adab Islam sedangkan mereka juga mengetahui kelebihan dan kebaikkannya.

kesibukkan umat Islam pada masa kini dengan isu-isu khilafiyyah sedangkan pelbagai lagi persoalan yang lebih besar perlu diutamakan. perihal adab-adab serta sebab-sebab berlakunya perselisihan pendapat (khilaf) di kalangan para ulama. adalah hal yang biasa, yang ditengarai oleh beberapa sebab diantaranya  : 

Perbezaan Fahaman Dan Akalan Serta Kemampuan Dalam Menghasilkan Ilmu.

- Perbedaan Dalam Penguasaan Ilmu.

- Perbedaan Dalam Penguasaan Ilmu Bahasa Arab.

- Khilaf Dalam Masalah Berhujah Dengan Sumber-Sumber Fiqh.

- Khilaf Pada Kaedah-Kaedah Usuliyyah.

- Khilaf Tentang Qiraat Dalam al-Quran al-Karim.

- Khilaf Dengan Sebab Bertentangan Dalil-Dalil.

Islam amat menyeru umatnya supaya mengamalkan segala adab-adab yang telah dijelaskan dan diterangkan oleh al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. melalui lidah-lidah para ulama. Adab-adab tersebut untuk memastikan agar kehidupan manusia berada di dalam keadaan aman dan harmoni. Semua adab-adab adalah untuk mencantikkan segala amalan yang ingin dilakukan manusia. Setiap amalan akan lebih bermakna sekiranya dihiasi dengan adab-adab yang indah.

Semoga umat kita bisa menghargai perbedaan pendapat yang ada dan tidak menjadikannya sebuah perdebatan yang tiada berakhir. 
Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 catatan-ku All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.